26 September 2009

Kempunan....huhuhuh


Its so frustrated as i couldn't buy this gadget as i don't have rm200 more to setle for the payment....where could i find those bucks...huuhu...actually it is so fine at the beginning...but its already been crash  by then...maybe i have to wait for the correct moment to have it...and replace my old ones dopod 818 pro...uuhu....i think..i will wait for the correct moment...the main reason now are to develope my bussiness marketing to as much as i can get...hehehe...

13 September 2009

ManUtd 3-1 Spurs

Permainan yang menarik ditunjukkan oleh manutd dalam usaha mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada musim lepas. Tatkala kehadiran Spurs yang begitu mengancam dengan kemenangan demi kemenangan pada musim ini, United hadir dengan permainan yang begitu tenang dan tangkas menahan asakan lawan. Walaupun dikejutkan dengan gol pada minit awal perlawanan oleh Jermaine Defoe, namun jentera United tetap bermain dengan penuh ketenangan dan keyakinan.
Inilah perlawanan yang paling bagus pernah dipamerkan oleh United pada musim ini ketika berhadapan dengan pasukan yang boleh dianggap pilihan pada tahun ini. Dengan corak permainan 'one-touch football' yang menarik, anak-anak buah United berjaya mempamerkan permainan yang kemas dan lengkap dengan hantaran-hantaran yang sangat menarik. Memilih formasi 4-3-3 dengan Dimitar Berbatov diletakkan sebagai umpan dengan dibantu oleh Wayne Rooney dan Giggs. Manakala Paul Scholes diletakkan sebagai jeneral padang bergandingan dengan Anderson dan Flecther nyata memberikan impak yang besar kepada keseluruhan pasukan dengan hantaran-hantaran 'short-passing' yang kemas dan memukau.
Di bahagian pertahanan pula adalah benteng kebal yang diketuai oleh Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic disamping Evra dan O'Shea. Nyata pada perlawanan ini, benteng United senantiasa kebal dari ancaman Spurs walaupun terdapat banyak juga serangan-serangan yang mendebarkan hati. Selain itu, Evra juga turut memainkan peranan sebagai pemain pertahanan menyerang kerana beliau sering kali dilihat naik melakukan 'overlapse' bagi membantu barisan serangan. Namun begitu tahniah kepadanya kerana dia masih sempat mengawal garisan pertahanan disamping membantu menyerang.
Biarpun ketinggalan dengan gol awal oleh Jermaine Defoe, namun United tetap berusaha dengan penuh kesabaran dalam erti kata memburu gol penyamaan. Peluang tersebut hadir setelah United memperolehi sepakan percuma di luar kotak penalti dan lantas disudahi oleh Giggs dengan lencongan bola yang menerjah ke penjuru kanan gol Spurs. Pemburuan United bukan setakat itu saja, malah gol kedua hadir apabila hantaran Scholes ditampan oleh pemain pertahanan Spurs dan lantas peluang itu disambar oleh Anderson untuk menjaringkan gol kedua pendahuluan United.
Selepas itu, Spurs mula bermain secara agresif dengan melakukan terjahan-terjahan ganas sehinggakan perlawanan menjadi panas dengan berbagai-bagai insiden. Insiden demi insiden telah menyebabkan Paul Scholes telah dilayangkan kad kuning kedua disamping kad merah yang mengesahkannya keluar padang. Walaupun United bermain dengan 10 orang, namun tempo permainan mereka tidak berubah dengan corak hantaran 'short-passing' yang pantas dan kemas. Gol ketiga hadir tatkala Wayne Rooney dibiarkan keseorangan di benteng hadapan. Tanpa diduga, beliau dapat melepasi benteng pertahanan lawan lantas menjaringkan gol yang ketiga buat United.
Walaupun bermain dengan 10 orang, namun United dapat juga bermain dengan pantas dan kemas serta menjaringkan gol. Permainan yang menarik oleh United dan perlu diteruskan pada perlawanan-perlawanan yang akan datang. Tahniah kepada Sir Alex Ferguson kerana bijak mencatur strategi dalam berdepan dengan Spurs.

11 September 2009

HIPOKRIT..

Hipokrit adalah satu perkataan yang begitu sinonim dengan masyarakat kita sekarang. Lagaknya tidak dapat dilihat tetapi kelakuannya dapat disedari. Walau bagaimanapun, ia adalah tetap satu sifat yang sentiasa ada pada setiap manusia. Lain yang dicanang, lain yang dibuat. Begitulah perumpamaan bagi perkataan HIPOKRIT ini. Bukan mudah diterjemahkan berdasarkan perkataan, malah individu yang berkenaan pun sudah pasti tidak menyedari perlakuan mereka ini dan sudah tentu mereka pun tidak tahu dalam mendefinasikan maksudnya.

Apa yang paling penting, orang perseorangan yang terlibat dalam gejala permasalahan HIPOKRIT ini adalah orang yang paling saya tidak senang dan benci. Suka sangat mendambakan apa yang tidak mampu dilunaskan oleh diri sendiri. Bahkan itu menyusahkan orang pula. Apalah kiranya kalau hidup itu dinyalakan tanpa membabitkan dan menyusahkan orang lain. Nak susah...susahkan diri sendiri laa. Individu seperti mereka ini senantiasa berlakon di dunia yang nyata sedangkan dunia yang nyata itu tidak seperti apa yang mereka dambakan.

Berhentilah menipu diri dengan membabitkan orang lain ke dalam konflik yang tidak ada penghujung riwayatnya. Saya bukan menuding jari kepada siapa-siapa yang berkenaan malah saya maksudkan diri kita semua kerana gejala ini tetap ada dalam diri kita sendiri. Janganlah membabitkan orang lain walhal andai diri kita ini tidak dapat meneruskan apa yang kita gagaskan.

Sebenarnya orang yang HIPOKRIT ini perumpamaannya adalah seperti menipu diri sendiri dan berlakon di alam nyata dengan harapan mendapat pengiktirafan dan penganugerahan dari pihak-pihak lain. Sekian

10 September 2009

NOWDAYS..THIS YEAR...10 YEARS BEFORE...I ALWAYS DO LOVE HER..

There are such many thing that im gonna share on this year. First of all, this year im the happiest man in the world because of  being a husband for someone. After 10 years waiting for this moment to brilliantly come true, now i become someone special not as a boyfriend of but is almost as her husband. Thank a lot to The Almighty ALLAH for making the path of my life such this.
I can't forget about the last time in our loving history that might switch our path to be not like now when her told me that her parent didn't want us to keep closer each other because the reason why they wanted to. She was in her study mode on that time that make us feel difficulty to keep in touch. Anyway, it rather than lost her on my side to keep pushing the limit till her parent accept our relation.
I kept crying as it said to lost her in my hand. Only The Almighty Allah will know how my pain so that time. Then i kept praying for our relation to be easier than ever. I don't want to lost her as i love her very much on my own. Maybe i was so shy to take out my speech but i know she is keeping a side for me. I can feel it too and the email that she post to me interpreted all of thing that i use to be her lover.
Remembering of what we through together make my tears go out to drain. How she was a strong woman to accept my test and i glad to have her now. Every time when we were in relationship crisis, her always be patient to wait for me as i not the kind of too easily to settle. She will always keep crying and try not to offense me as much as she knew that i will keep my burning into her. She was so patient on that time.
Today, i still couldn't leave with her yet because the different in our task and work. But as a husband, i always keep in touch for her by doing what i can do to make the responsibility close for her. May The Almighty ALLAH make our relationship be easier as a husband and a wife. And also future-born baby of us. Insyaallah...

09 September 2009

KES PECAH MASUK PEJABAT ETIQA TAKAFUL

Terkejut juga aku ketika melangkah masuk ke pejabat yang selalu aku kunjungi bagi sebarang urusan yang berkaitan dengan takaful. Aku dimaklumkan bahawa pejabat tersebut baru sahaja dipecah masuk orang. Nasib tiada kecederaan atau kemalangan ke atas kerani di pejabat tersebut.  
Seperti yang diberitahu, pelaku tersebut adalah seorang lelaki berketurunan India. Menaiki sebuah kereta jenis Honda berwarna ungu. Namun begitu, pelaku terbabit tidak membawa sebarang senjata. Mujur kerani cepat balik ke pejabat setelah ke bank. Kerani terbabit sempat melihat wajah si pelaku sebelum dia menaiki kereta dan terus menghilangkan diri. Malang juga kerana tidak sempat melihat nombor plat kenderaan si pelaku.
Tidak banyak barang yang sempat dicuri oleh si pelaku kecuali duit sebanyak rm60 kerana kesuntukkan masa. Kerani terbabit memberitahu terdapat kesan-kesan geledah di pejabat tersebut berdasarkan kepada keadaan pejabat semasa beliau pulang. Kertas-kertas berselerakkan dan keadaan laci-laci yang terbuka akibat penggeledahan. Malah terdapat barang-barang si pelaku tertinggal di pejabat tersebut dan ia akan dijadikan sebagai bahan kes bagi menjejak si pelaku berdasarkan kemungkinan terdapat kesan cap jari pada barang tersebut.
Aku sempat mencadangkan agar pejabat terbabit memasang sistem CCTV agar kejadian yang sama tidak akan berulang lagi pada masa yang akan datang. Selain itu, tombol pintu berbentuk bulat perlu ditukarkan kepada tombol jenis lain kerana tombol jenis bulat sangat senang untuk dibuka dengan hanya menggunakan kad sahaja. Harap kejadian ini tidak berulang lagi di masa-masa yang akan datang. Sekian

Di Pagi Yang Sepi

Aku bangun seawal pukul 4 pagi tatkala selesai bermimpi dalam tidur ku....Alhamdulillah kerana hari ini aku dapat bangun untuk bersahur....Tidak seperti semalam di mana nasi yang dimasak....serta lauk yang terhidang tidak sempat ku jamah kerana terlupa untuk bangun sahur...sayang sekali rezeki yang ada dibazirkan begitu sahaja....rasa bersalah kepada rezeki yang diberikan Allah....
Selesai sahaja aku bersahur...aku terus menelefon isteriku yang berada jauh di Arau...mengejutkannya untuk bersahur...malah terubat juga rindu dihati bila terdengar suaranya...aku suka menghubunginya waktu lewat2 pagi kerana aku lebih gemar berbual dengannya di waktu yang sebegini....Berbanding waktu kerja aku tidak gemar berbual kerana aku lebih suka membuat kerja-kerja ku sendiri...hahaha..
Jam sudah hampir pukul 6 pagi...waktu bersahur pun sudah habis pada pukul 5.40...nasib aku sempat minum beberapa gelas air kosong bagi mengelakkan kehausan di siang hari...Insyaallah...berpuasa banyak mengajar aku rti keinsafan dan kesabaran...

Bila di pejabat...rakan-rakan selalu bertanyakan...macam mana?....dah turun ke?...berapa banyak dah kurang?....dan banyak lagi lah pertanyaan mereka...namun aku tersengih sahaja melayan tawaan mereka itu...namun aku tetap memasang impian...untuk menjadi diriku yang sebelumnya...di mana lebih 'slim' dari sekarang...hahaha...tapi..apa yang boleh dipastikan....berat badanku telah turun sebanyak 4 KG pada puasa kali ini....Alhamdulillah....
Hari ini aku akan ke tempat kerja dengan menaiki motosikal ku yang baru dibaiki...Alangkah bagusnya bila dapat bergerak seperti orang lain...Hidup di kota metropolitan ini memang macam ni...kalau naik kereta...alamatnya..beratur le panjang-panjang...Kalau dapat naik motosikal...boleh menyelit dan x bosan sangat nak menunggu kesesakkan....fiiuuhhh!!!
Jam dah melampaui pukul 6...so aku nak kejutkan isteriku bangun tidor...rindu sgt kat dia..

06 September 2009

LEGENDARY MACHINE OF MINE...

 
He is back now on..after a couple of month being staying on the garage park..with new life and some adrenaline..he is back on the track to keep me riding once more on the road..to keep me pushing till the limit...but..its need some modification before it will take over the road...with some racing part...i know he can do it...both of us will claim the eternity by ordering the new CDI Racing...gonna accelerate fast...maybe some technical setting to spocket and chain will make easier for both of us to keep firing to the contenders...hehe..watchout...he is coming once more...the legend to be said of transfering the new world order....hahahaha...is it to much...anyway..i glad that my old machine is "praaaang" already....after a couple of month waiting for this glorious time....its hard to face for a car..coz this machine is really cheaper than car....otherwise..i have a new hope and option on my day after...WALLLLLAAA!!!!

05 September 2009

THE BEGINNING....

Setelah sekian lama aku menanti, akhirnya lahirlah blog aku yang pertama. Diharap dengan kehadiran blog ini dapat menghangatkan lagi suasana blog yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Namun begitu, aku perlu memberikan tema kepada blog aku ini. Rasanya mungkin bertemakan kepada keluarga aku. Insyaallah..moga Allah memberikan kepada aku untuk menyumbang apa yang termampu kepada blog ini.

Aku sungguh berbesar hati dengan kehadiran blog ini. Semoga kalian dapat menyokong aku menyumbangkan apa yang terbaik buat tatapan kalian. Dan semestinya, bermula detik ini, aku akan lebih memberikan sumbangan daripada menerima sumbangan. Dengan doa dan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim" aku mulakan perjalanan blog aku ini. Insyaallah....