09 September 2009

KES PECAH MASUK PEJABAT ETIQA TAKAFUL

Terkejut juga aku ketika melangkah masuk ke pejabat yang selalu aku kunjungi bagi sebarang urusan yang berkaitan dengan takaful. Aku dimaklumkan bahawa pejabat tersebut baru sahaja dipecah masuk orang. Nasib tiada kecederaan atau kemalangan ke atas kerani di pejabat tersebut.  
Seperti yang diberitahu, pelaku tersebut adalah seorang lelaki berketurunan India. Menaiki sebuah kereta jenis Honda berwarna ungu. Namun begitu, pelaku terbabit tidak membawa sebarang senjata. Mujur kerani cepat balik ke pejabat setelah ke bank. Kerani terbabit sempat melihat wajah si pelaku sebelum dia menaiki kereta dan terus menghilangkan diri. Malang juga kerana tidak sempat melihat nombor plat kenderaan si pelaku.
Tidak banyak barang yang sempat dicuri oleh si pelaku kecuali duit sebanyak rm60 kerana kesuntukkan masa. Kerani terbabit memberitahu terdapat kesan-kesan geledah di pejabat tersebut berdasarkan kepada keadaan pejabat semasa beliau pulang. Kertas-kertas berselerakkan dan keadaan laci-laci yang terbuka akibat penggeledahan. Malah terdapat barang-barang si pelaku tertinggal di pejabat tersebut dan ia akan dijadikan sebagai bahan kes bagi menjejak si pelaku berdasarkan kemungkinan terdapat kesan cap jari pada barang tersebut.
Aku sempat mencadangkan agar pejabat terbabit memasang sistem CCTV agar kejadian yang sama tidak akan berulang lagi pada masa yang akan datang. Selain itu, tombol pintu berbentuk bulat perlu ditukarkan kepada tombol jenis lain kerana tombol jenis bulat sangat senang untuk dibuka dengan hanya menggunakan kad sahaja. Harap kejadian ini tidak berulang lagi di masa-masa yang akan datang. Sekian

No comments:

Post a Comment