11 September 2009

HIPOKRIT..

Hipokrit adalah satu perkataan yang begitu sinonim dengan masyarakat kita sekarang. Lagaknya tidak dapat dilihat tetapi kelakuannya dapat disedari. Walau bagaimanapun, ia adalah tetap satu sifat yang sentiasa ada pada setiap manusia. Lain yang dicanang, lain yang dibuat. Begitulah perumpamaan bagi perkataan HIPOKRIT ini. Bukan mudah diterjemahkan berdasarkan perkataan, malah individu yang berkenaan pun sudah pasti tidak menyedari perlakuan mereka ini dan sudah tentu mereka pun tidak tahu dalam mendefinasikan maksudnya.

Apa yang paling penting, orang perseorangan yang terlibat dalam gejala permasalahan HIPOKRIT ini adalah orang yang paling saya tidak senang dan benci. Suka sangat mendambakan apa yang tidak mampu dilunaskan oleh diri sendiri. Bahkan itu menyusahkan orang pula. Apalah kiranya kalau hidup itu dinyalakan tanpa membabitkan dan menyusahkan orang lain. Nak susah...susahkan diri sendiri laa. Individu seperti mereka ini senantiasa berlakon di dunia yang nyata sedangkan dunia yang nyata itu tidak seperti apa yang mereka dambakan.

Berhentilah menipu diri dengan membabitkan orang lain ke dalam konflik yang tidak ada penghujung riwayatnya. Saya bukan menuding jari kepada siapa-siapa yang berkenaan malah saya maksudkan diri kita semua kerana gejala ini tetap ada dalam diri kita sendiri. Janganlah membabitkan orang lain walhal andai diri kita ini tidak dapat meneruskan apa yang kita gagaskan.

Sebenarnya orang yang HIPOKRIT ini perumpamaannya adalah seperti menipu diri sendiri dan berlakon di alam nyata dengan harapan mendapat pengiktirafan dan penganugerahan dari pihak-pihak lain. Sekian

No comments:

Post a Comment