30 June 2013

S2 City Park

Peta dari Google map


Terletak di kawasan Seremban 2 serta berhampiran dengan Mahkamah dan Balai Polis Seremban 2. Persekitaran kawasan adalah shop house lot dan ia adalah sangat berdekatan dengan S2 City Park yang dikunjungi kami.

Setelah selesai menghadiri Nikon Exhibition Seremban 2013 di AEON Big Seremban, kami sekeluarga bergegas ke S2 City Park ini. Asalnya kami belum pernah ke sini lagi. So hasil dari carian  di google telah membawa kami sekeluarga ke tempat menarik ini.

Sebelum tuu, beli dulu pek KFC di AEON Big Seremban buat bekalan menjamah sambil berkelah di S2 City Park  nanti. 

Sesampainya kami di tempat tersebut, alangkah rasa bahagianya hati, tempat tersebut memang cantik mata memandang. Rasa aman damai dengan kelibat burung-burung yang berterbangan berserta dengan bunyi kicauan yg menusuk kalbu. Kami mencari tempat duduk untuk makan hidangan KFC yang dibeli tadi. Sambil makan sambil melihat pemandangan dengan tasik yang terbentang luas.

Jom meronda!!!....apa lagi...

Berhenti duduk di hadapan grand stand tasik.

Pemandangan sambil meronda



Terdapat jambatan yang menghubungkan hujung daratan tasik. Kat jambatan inilah akativiti memberi makan ikan dilakukan

Ada playground juga bagi yang membawa anak

Senamrobik terbuka



Aku dan isteri possing

Bersenamrobik

Berhenti rehat sekejap setelah selesai sessi aerobik




Aikk!!...mama dia pun tumpang berehat gak


Ikan yang boleh didapati di tasik ini.















17 June 2013

Muzium Negara :: National Museum

Bermula jam 10 pagi aku dan keluargaku keluar ke pekan Semenyih untuk mencari juadah sarapan pagi merangkap makan tengahari. Sesudah makan, kami mengambil keputusan untuk ke Kedai Seng Heng Kajang untuk cuci-cuci mata melihat barang-barang yang dijual di kedai tersebut. Sewaktu berwindow shopping tuu laa terdetik di hati nak angkat Nikon D5200. Tak sangka juga isteriku juga ada hati pada Apple iPod 4. So kami tak tunggu lama lalu mengeluarkan 'senjata rahsia" masing-masing (Kad AEON Ekspress). Dah siap booking sambil tunggu operator AEON call, kami ke kedai sebelah iaitu kedai urut kaki refleksologi. Apa lagi, rasanya dah lama orang rumah aku nak try mengurut nih, so aku terus order utk dia 1 jam = rm35 dan aku 30minit jaa cukup dgn kadar rm20.

Selesai sudah berurut dan kaki pun rasa macam ringan sikit, so terdetik lah di hati nak melangkah lebih jauh lepas nih. Fikir punya fikir, jom jalan-jalan ke Muzium Negara. Lama sudah tinggal di KL nih, rugi rasanya kalau tak pernah pijak tempat nih. So pakai tali pinggang terus pandu ke muzium. Setengah jam juga laa dari kajang ke tempat nih. Sampai jaa bayar parking rm2 utk 3 jam. Sebelum masuk, pekena ais krim dlu laa.

Makan aiskrim kat depan sebelah pintu masuk Muzium Negara

 Ambil gambar kat depan muzium dulu buat kenang-kenangan...



Meriam depan pintu masuk

Pintu masuk Muzium Negara
Inter-framed gak ngan Ku Ammar


Sebelah kiri tuu tempat beli tiket...tiket murah jaa...kalau tak salah dalam rm2 seorang


Pandangan sebelah tepi

Pandangan dari dalam muzium

Posing dekat kepala naga

Khazanah yang boleh dilihat

"Tak Melayu Hilang Di Dunia"

Ku Ammar di depan basikal yang digunakan oleh tentera Jepun
































        











15 June 2013

Come Back

Hello guyz...that had been a long time since my last posted on this blog...quiet busy with my all day task...and now i come back in return to story telling about some of my life....




01 February 2011

HARI SEBELUM TAHUN BARU CINA

   Dah lama menghilang kini datang pula menjenguk blog yang telah aku wujudkan ini. Sekali-sekala baru gatal tangan nak menaip apa yang terbuku di hati ni. Baru tadi terima berita yang menggembirakan di mana isteriku telah lulus dalam permohonan pertukarannya ke Kolej Komuniti Jelebu dan tarikh pertukarannya juga adalah hari ini. Maka tak lama lagi bolehlah aku mulakan hidup sebagai seorang yang berkeluarga memandangkan selama ini aku tinggal berjauhan dari isteri dan anakku. Apakan tidak, isteriku di Arau, Perlis..anak pula di Sg Petani, Kedah...dan aku pula di Kajang, Selangor. Syukur alhamdulillah dengan berita baik ini.

   Pagi ini juga aku mendapat berita yg menghampakan harapan ku di mana rumah idaman yang baru dibeli hanya berkemungkinan akan boleh diduduki selewat-lewatnya satu bulan setengah lagi. Apa yang menghampakan ku adalah hari pertukaran isteriku dah tak lama lagi. Mungkin ada kesulitan jika masih menetap di rumah yang lama berikutan kesulitan di sebelah waktu pagi di mana selalunya aku terkejar-kejar untuk pergi ke tempat kerja...mana nak hantar isteri ke tempat kerja...kena juga hantar anak kesayangan ku ke pusat asuhan. Namun begitu aku bersemangat berkorban demi kesejahteraan keluargaku...

   Esok aku bercadang untuk bercuti dan pulang ke kampung. Rindu juga kat anak yang seorng tuu, mengenangkan telatahnya yg menambat hati, aku syukur dikurniakan anak yang sebaik dan sepandainya. Dia lah permata dan penyeri hati kami.

27 May 2010

Pengalaman Pulang ke Kampung Dengan Menaiki Keretapi

Aku sungguh teruja dengan keputusan aku untuk pulang ke kampung dengan menaiki keretapi. Bagi aku, ini adalah pengalaman aku yang pertama menaiki keretapi. Selama ini pun aku hanya pulang ke kampung dengan memandu sendiri keretaku sahaja. Peluang kali ini aku tidak akan lepaskan memandangkan aku tercari-cari satu pengangkutan alternatif yang tidak meletihkan serta jimat dari segi perbandingan kewangan.

Senarai jadual perjalanan keretapi berdasarkan lokasi tujuan boleh didapati daripada laman web KTMB iaitu www.ktmb.com.my. Carian secara 'online' juga memudahkan penumpang untuk menempah tiket memandangkan aplikasi ini juga menyediakan tempahan tiket secara 'online'. Namun begitu, tempahan tiket 'online' hanya boleh dilakukan dengan menggunakan kad kredit dari Maybank Berhad sahaja.

Oleh kerana aku tidak mempunyai kad kredit tersebut, maka aku pun membuat tempahan tiket melalui 'counter booking' dengan menelefon ke Pejabat KTMB bagi tempahan. Terdapat berbagai-bagai pakej tempat duduk bagi pilihan penumpang. Penumpang-penumpang bolehlah memilih samada inginkan tempat duduk biasa, katil atau bilik yg disediakan pada gerabak-gerabak keretapi tersebut.

Aku memilih untuk menggunakan pakej katil kerana aku inginkan suatu perjalanan yg tidak memenatkan. Dengan tiket hanya berharga RM43, aku hanya memerlukan RM198 untuk perbelanjaan pergi dan balik antara kajang-sg petani. Ini berbeza sekali jika aku pulang dengan memandu kereta iaitu sebanyak RM140 diperlukan. Agak selesa juga pakej katil ini kerana aku dapat berbaring sambil tidur. Adalah diingatkan juga disini, jangan khuatir untuk tidur senyenyak mungkin kerana pegawai KTMB yg bertugas akan mengejutkan anda apabila anda tiba ke destinasi tujuan anda.

Di dalam perjalanan tersebut, aku sempat juga berbual dengan seorang penumpang daripada Johor. Menurutnya, beliau pernah membuat suatu perjalanan panjang dari stesen Gemas hingga ke India. Menurutnya lagi, perjalanan tersebut mengambil masa selama 2 minggu untuk sampai ke India. Namun begitu, beliau menggunakan perkhidmatan kapal terbang dari India ke Malaysia dalam perjalanan pulang.

Di bawah ini aku paparkan sedikit gambar-gambar tentang  perjalanan pertama aku menaiki keretapi: