27 May 2010

Pengalaman Pulang ke Kampung Dengan Menaiki Keretapi

Aku sungguh teruja dengan keputusan aku untuk pulang ke kampung dengan menaiki keretapi. Bagi aku, ini adalah pengalaman aku yang pertama menaiki keretapi. Selama ini pun aku hanya pulang ke kampung dengan memandu sendiri keretaku sahaja. Peluang kali ini aku tidak akan lepaskan memandangkan aku tercari-cari satu pengangkutan alternatif yang tidak meletihkan serta jimat dari segi perbandingan kewangan.

Senarai jadual perjalanan keretapi berdasarkan lokasi tujuan boleh didapati daripada laman web KTMB iaitu www.ktmb.com.my. Carian secara 'online' juga memudahkan penumpang untuk menempah tiket memandangkan aplikasi ini juga menyediakan tempahan tiket secara 'online'. Namun begitu, tempahan tiket 'online' hanya boleh dilakukan dengan menggunakan kad kredit dari Maybank Berhad sahaja.

Oleh kerana aku tidak mempunyai kad kredit tersebut, maka aku pun membuat tempahan tiket melalui 'counter booking' dengan menelefon ke Pejabat KTMB bagi tempahan. Terdapat berbagai-bagai pakej tempat duduk bagi pilihan penumpang. Penumpang-penumpang bolehlah memilih samada inginkan tempat duduk biasa, katil atau bilik yg disediakan pada gerabak-gerabak keretapi tersebut.

Aku memilih untuk menggunakan pakej katil kerana aku inginkan suatu perjalanan yg tidak memenatkan. Dengan tiket hanya berharga RM43, aku hanya memerlukan RM198 untuk perbelanjaan pergi dan balik antara kajang-sg petani. Ini berbeza sekali jika aku pulang dengan memandu kereta iaitu sebanyak RM140 diperlukan. Agak selesa juga pakej katil ini kerana aku dapat berbaring sambil tidur. Adalah diingatkan juga disini, jangan khuatir untuk tidur senyenyak mungkin kerana pegawai KTMB yg bertugas akan mengejutkan anda apabila anda tiba ke destinasi tujuan anda.

Di dalam perjalanan tersebut, aku sempat juga berbual dengan seorang penumpang daripada Johor. Menurutnya, beliau pernah membuat suatu perjalanan panjang dari stesen Gemas hingga ke India. Menurutnya lagi, perjalanan tersebut mengambil masa selama 2 minggu untuk sampai ke India. Namun begitu, beliau menggunakan perkhidmatan kapal terbang dari India ke Malaysia dalam perjalanan pulang.

Di bawah ini aku paparkan sedikit gambar-gambar tentang  perjalanan pertama aku menaiki keretapi:

No comments:

Post a Comment