01 February 2011

HARI SEBELUM TAHUN BARU CINA

   Dah lama menghilang kini datang pula menjenguk blog yang telah aku wujudkan ini. Sekali-sekala baru gatal tangan nak menaip apa yang terbuku di hati ni. Baru tadi terima berita yang menggembirakan di mana isteriku telah lulus dalam permohonan pertukarannya ke Kolej Komuniti Jelebu dan tarikh pertukarannya juga adalah hari ini. Maka tak lama lagi bolehlah aku mulakan hidup sebagai seorang yang berkeluarga memandangkan selama ini aku tinggal berjauhan dari isteri dan anakku. Apakan tidak, isteriku di Arau, Perlis..anak pula di Sg Petani, Kedah...dan aku pula di Kajang, Selangor. Syukur alhamdulillah dengan berita baik ini.

   Pagi ini juga aku mendapat berita yg menghampakan harapan ku di mana rumah idaman yang baru dibeli hanya berkemungkinan akan boleh diduduki selewat-lewatnya satu bulan setengah lagi. Apa yang menghampakan ku adalah hari pertukaran isteriku dah tak lama lagi. Mungkin ada kesulitan jika masih menetap di rumah yang lama berikutan kesulitan di sebelah waktu pagi di mana selalunya aku terkejar-kejar untuk pergi ke tempat kerja...mana nak hantar isteri ke tempat kerja...kena juga hantar anak kesayangan ku ke pusat asuhan. Namun begitu aku bersemangat berkorban demi kesejahteraan keluargaku...

   Esok aku bercadang untuk bercuti dan pulang ke kampung. Rindu juga kat anak yang seorng tuu, mengenangkan telatahnya yg menambat hati, aku syukur dikurniakan anak yang sebaik dan sepandainya. Dia lah permata dan penyeri hati kami.

No comments:

Post a Comment