16 February 2010

Destinasi: Pantai Kelanang, Morib, Selangor

Satu lagi pantai yang menjadi perhatian ialah Pantai Kelanang....apa yang dapat diperkatakan...tempat ini menarik sikit dari Pantai Morib...agak bersih sedikit daripada Pantai Morib....dan jaraknya juga berdekatan dengan Pantai Morib...namun begitu...pantai ini jauh sedikit daripada hubungan jalan utama kerana anda perlu melalui denai perkampungan sebelum tiba ke pantai tersebut...

Pasirnya memutih namun ia juga tidak dapat lari dari keadaan rupa bentuk muka bumi yang berpaya....jika anda ingin berkemah..maka tempat ini adalah yang terbaik yang boleh didapati di sepanjang pantai di Morib ini...ada tandas awam percuma....tempat permainan kanak2...malahan juga terdapat Unit JPAM yang memantau keadaan kecemasan para pengunjung.....agak selamat juga....

Pantai Kelanang ini sangat sesuai dijadikan tempat menarik perkelahan keluarga...dengan kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekitar kawasan terbabit...menjadikan ianya lebih sesuai....Selain itu...anda juga boleh melayan hobi memancing anda...tak kira malam atau siang...janji anda tentu puas..especially pancing pantai...


No comments:

Post a Comment